Dalam penghasilan ambulong, teknologi yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teknologi untuk mengambil bahan mentah dan teknologi memproses ambulong.
Teknologi untuk mendapatkan bahan-bahan mentah adalah terdiri daripada;
Gergaji berantai merupakan teknologi terpenting di dalam proses awal untuk mendapatkan bahan mentah. Ia digunakan untuk memotong pohon rumbia yang terpilih.
Kerekan digunakan untuk menarik dan mengangkat batang rumbia ke dalam lori.
Antara teknologi yang digunakan di sepanjang pemprosesan ambulong ialah;
Kegunaan Telimbu adalah untuk mengupas kulit potongan rumbia yang bakal dimasukkan ke dalam kilang. | ||||||
Kapak berperanan untuk membelah potongan rumbia kepada belahan mengikut ukuran tertentu iaitu berpandukan ukuran saluran garutan. |
Scrapper berfungsi sebagai alat untuk membuang takungan-takungan air di dalam tekungan. |
Penggunaan pam air 1 ini berfungsi untuk membantu mengepam air sungai yang disalurkan kepada mesin pengisar untuk mencuci.
|
Pemprosesan ambulong secara moden bergantung kepada dua teknologi utama iaitu garutan dan juga gilingan.
GARUTAN
Garutan adalah berbentuk silinder 0.5 meter panjang dan garis pusat 0.25 meter. Jika diperhatikan di sekeliling permukaan garutan ini terdapat antara 1000-2000 batang paku tajam separuh keluar. Paku yang digunakan adalah paku simen. Belahan rumbia dimasukkan ke dalam garutan secara perlahan-lahan. Garutan berperanan untuk menghancurkan belahan-belahan rumbia yang dimasukkan.
GILINGAN
Gilingan adalah berbentuk silinder berukuran 3 meter panjang dan garis pusat 0.3 meter diperbuat daripada besi. Alat ini diputar dengan tenaga enjin diesel. Ia befungsi sebagai alat pemerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan