Pemasaran

Bungkusan-bungkusan ambulong ini dipasarkan di kedai-kedai runcit, kedai koperasi serta pasar raya. Menurut informan bagi 500 gram atau 1/2 kilogram ambulong, harga pasarannya ialah BND$1.00. Sementara itu 1 kilogram dijual dengan harga BND$2.00 dan BND$3.00 untuk ambulong seberat 2 kilogram. Perusahaan ambulong di Kampung Ukong ini juga merupakan pembekal utama di kesemua daerah di negara ini kecuali di Daerah Temburong. Pihak pengusaha kilang sagu ini juga telah menyatakan hasrat mereka untuk membekalkan sagu ke Daerah Temburong.

Dalam sekali sesi menebang pohon rumbia, pekerja kilang akan menebang sebanyak 4 batang pohon rumbia. Penebangan pohon rumbia akan dibuat sebanyak 2 kali sebulan. 

Sebatang pohon rumbia sudah boleh menghasilkan sebanyak 180-400 kilogram sagu kering. Apabila dibuat anggaran kira-kira, 4 batang pohon rumbia sudah boleh menghasilkan sebanyak 14-15 tajau tepung atau kanji sagu. Jadi dalam masa sebulan kilang sagu ini dapat memproduksi sebanyak 28-30 biji tajau sagu iaitu dalam kiraan maksimum sebanyak 3,200 kilogram sebulan.


Menurut informasi yang pengkaji dapati daripada perusahaan kilang penghasilan ambulong ini, dalam masa setahun jumlah produksi tepung sagu yang berjaya mereka hasilkan ialah sebanyak 36,000 hingga 48,000 kilogram. Manakala pendapatan yang mereka boleh capai dalam masa setahun ialah sebanyak BND$50,000 hingga BND$60,000. Pemasaran dalam negeri sahaja mereka sudah boleh mengaut keuntungan sebanyak ini, cuba kita bayangkan andai kata perusahaan ini berjaya menembusi pasaran luar. 

Jika pengusaha kilang sagu ini dapat memanfaatkan hasil dapatan dengan memperbesarkan kilang sejurus itu menambah produksi sagu, ia sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan