Proses 1 - Mencari bahan mentah
Pokok-pokok rumbia yang diproses diperolehi dari kawasan kampung Ukong & sekitarnya termasuk Kampung Bukit, Long Mayan, Layong, Penapar & Sungai Damit Pemadang.
Proses 2 - Menebang
Proses 3 - Pengangkutan
Batang rumbia ditarik menggunakan kerekan yang terletak di tepi jalan raya. Kemudian batang rumbia dipotong dua sebelum dinaikkan ke dalam lori menggunakan kerekan. Sebuah lori boleh membawa sehingga 4 pohon rumbia dalam satu masa. Potongan-potongan rumbia ini diturunkan di hadapan kilang.
Proses 4 - Mengupas
Alat yang digunakan dipanggil "Telimbu" yang diperbuat daripada besi. Setelah selesai batang rumbia berkenaan dipotong-potong menggunakan gergaji berantai lebih kurang 1 meter panjang dan dimasukkan ke dalam kilang.
Proses 5 - Membelah
Setiap potongan batang rumbia dibersihkan terlebih dahulu. Kerja membelah menggunakan sebilah kapak mengikut ukuran tertentu iaitu ukuran saluran "garutan". Potongan rumbia tersebut akan dibelah lebih kurang 1 meter.
Proses 6 - Menggarut
Belahan rumbia dimasukkan ke dalam garutan secara perlahan-lahan.
Proses 7 - Menapis
“Ripau” sagu setelah digarut akan bergerak melalui alat pemerah yang dipanggil “gilingan”.
“Ripau” sagu setelah digarut akan bergerak melalui alat pemerah yang dipanggil “gilingan”.
Air tepung sagu akan menembusi tapisan pertama mengasingkan hampas ripau kasar. Seterusnya melalui tapisan kedua mengasingkan hampas ripau halus. Setelah itu, air tepung sagu akan mengalir masuk ke dalam takungan.
Proses 8 - Memendap & Mencuci
Tepung sagu tadi akan tenggelam perlahan-lahan di bawah tekungan. Air dipermukaan akan mengalir keluar di belakang tekungan berkenaan. Selesai proses menggarut, air tepung sagu dimendap selama setengah jam. Kemudian air dalam tekungan itu akan dikeluarkan.
Air bersih akan dimasukkan ke dalam tekungan. Tepung sagu akan dihancurkan perlahan – lahan dengan menggunakan pam air dan juga cangkul bersih.
Setelah itu dimendapkan sekali lagi dalam masa lebih kurang 1 jam. Kemudian air dikeluarkan lagi dari tekungan.
Keesokan hari tepung sagu dimasukkan ke dalam tajau – tajau. Selepas itu, dimasukkan air bersih sambil mencuci. Lebih kurang 4 jam berlalu air dalam tajau dibuang.
Proses 9 - Pembungkusan
Keesokan hari, tepung sagu dimasukkan ke dalam plastik setelah ia kering.
Macam ni memang bersih dan x was2 nk beli.ade setengah pengeluar sagu tu memang pengotor sebap siap suruh pekerjanya masok dlm takungan air sagu tu sambil di pijak2 kan kononnya untuk memudahkan proses pengasingkan dan pemendapan sagu tu berlaku cepat.geli woi makanan di pijak2.
BalasPadamTerbaik selamat untuk sajian sekeluarga...TAHNIAN DAN SYABAS BROS
BalasPadam