Nilai ekspressif dan simbolik
Jika dilihat dan dinilai dari segi ekspressif pada semua peralatan yang digunakan sepanjang memproses sagu ini, dapatlah dikatakan bahawa pengusaha kilang sagu ini seorang yang memang memegang falsafah 'lari bersama musim' yang bermaksud bahawa, selama mana beliau dapat memanfaatkan teknologi-teknologi yang ada, di samping teknologi-teknologi yang baru, ia hendaklah selari dengan musim atau zaman tersebut. Mana-mana teknologi yang mampu meringankan beban kerja atau menjimatkan waktu memproses di samping kos perbelanjaan yang rendah, maka itulah teknologi yang akan dipilih dan digunakan.
Dari segi simboliknya, dapatlah dilihat bahawa dengan memahami konsep-konsep semua proses pemprosesan tepung sagu, maka dengan senangnya akan memberikan idea kepada pengusaha sendiri untuk mencipta mesin memprosesnya sendiri. Di sana dapatlah dilihat, bahawa tahap pemikiran dan kemahiran hanya akan dapat digilap jika seseorang itu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang sesuatu bidang.
Selain daripada itu, apabila kita lihat nilai yang ada pada masyarakat itu sendiri, mereka bijak untuk mengunakan alternatif pilihan makanan jika tiada beras. Ini kerana, dahulu sementara menunggu hasil tuaian padi, masyarakat dahulu akan memakan ambuyat untuk mengalas perut. Pilihan ambuyat sebagai makanan asasi sangat bertepatan dengan konsep pemakanan sihat kerana ambuyat adalah terdiri daripada air putih yang sangat diperlukan di setiap tubuh badan manusia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan