Pengenalan

Ambulong ataupun sagu adalah sejenis tepung kanji yang diperolehi daripada batang pokok rumbia. Pokok-pokok rumbia ini lazimnya tumbuh secara kecil-kecilan dan berkelompok di kawasan campuran tanah paya dan tanah liat. Pokok rumbia ini ada dua jenis, iaitu rumbia biasa dan rumbia berduri. 

Rumbia berduri

Rumbia biasa
Pokok-pokok rumbia ini boleh ditebang untuk diproses apabila usianya sudah mencecah 12 tahun. Kita akan dapat mengenalpasti bahawa pokok rumbia itu sudah cukup tua apabila ia mengeluarkan jantung atau "mayang", iaitu pucuknya. Sebatang rumbia panjangnya adalah di antara 9 hingga 12 meter. Garis pusatnya pula berukuran di antara 0.4 hingga 0.6 meter. 

Garis pusat yang berukuran di antara 0.4 meter sehingga 0.6 meter

Terdapat dua cara untuk menanam semula anak-anak rumbia ini iaitu melalui "anak tumpang" dan juga "anak akar".

Anak pokok Rumbia


Di Negara Brunei Darusalam, pengusaha sagu yang bergiat aktif adalah Perusahaan Sagu Kampung Ukong yang terletak di atas tanah EDR. 1428 Lot No. 1396.  Ia terletak di Mukim Ukong Daerah Tutong.

Syarikat Perusahaan Sagu Yong Pin Chin dan anak-anak





Tiada ulasan:

Catat Ulasan